Pihak Kerajaan Negeri mengumpul maklumat apabila anda mendaftar di portal. Semasa pendaftaran di aplikasi Kedah Digital, anda akan diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan, alamat e-mel, alamat atau nombor telefon.
Alamat e-mel dan nombor telefon yang anda berikan untuk pemprosesan, hanya akan digunakan untuk menghantar notifikasi.
Aplikasi Kedah Digital menggunakan teknologi terkini termasuk penyulitan perisian untuk melindungi maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal bagi mengekalkan standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Pihak Kerajaan Negeri tidak menjual, memperdagang ataupun memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga (jika ada) yang membantu kami dalam mengendalikan aplikasi Kedah Digital.
Pihak Kerajaan Negeri juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang.
Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.
Dengan menggunakan aplikasi Kedah Digital anda bersetuju dengan dasar privasi portal Pihak Kerajaan Negeri.
Pihak Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk mengubah polisi privasi aplikasi Kedah Digital dan akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman ini.
Jika terdapat sebarang soalan mengenai dasar privasi ini, anda boleh menghubungi Pihak Kerajaan Negeri menggunakan maklumat di bawah:
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah
Aras 2, Blok E Wisma Darul Aman
05350 ALor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel: 04-7027000 / 04-7027070 | Emel:kedahdigital@kedah.gov.my